Thursday, July 1, 2010

i got too many boys behind me.

org kata kalaw kita bercinta zaman sekolah dulu-dulu, kita sebenarnya cinta monyet sahaja.
hee tapi sejauh mana kebenaran kata-kata orang ni? memang susah nak beza antara cinta monyet dan cinta manusia. eyh siapa kata? kalaw cinta monyet, mestilah monyet sahaja yg bercinta. kalaw cinta manusia, so manusia lah yg bercinta. tp saya tahu, saya sgt banyak bercinta dengan monyet zaman dulu kala. hehe..
cuma bila org tanya, saya akan kata saya tak pernah bercinta. HAHA saya pembohong.

tapi, sy pernah jatoh cinta pandang pertama sewaktu umur saya 10 tahun. kalaw tak silap waktu tu baru darjah 4. dan kalaw tak silap saya jugak name dia Rahmat.hee dia tua setahun dari saya. haha macam gila bayang..

lepas tuh, darjah 5, saya jatuh cinta pada lelaki name Saiful Azahari. jatuh cinta sebab muka dia iras-iras Lee Ryan *Blue. itupun macam orang gila. hee tapi buat malu jea, dia bukan sudi nak jadi kekasih saya, haha

n waktu tingkatan 1, waktu saya di STJ * Sekolah Sains Tuanku Jaafar, saya jatuh cinta pada seorang senior tingkatan 4. HAHA. nama panggilan dia, Mat Pau. maaf saya ta berperluang untuk tahu nama sebenar dia.n tp saya memang stalk dia habis-habisan. even dia pergi makan ke dewan makan pun saya akan intai. (:

lepas tuh, saya jadi benci kepada lelaki selepas arwah ibu tinggalkan saya. saya janji pada diri yang saya tak akan sekali-kali jatuh cinta pada lelaki lagi. hee. tapi dalam diam, sepupu saya Nas Arwina kenalkan saya dengan sahabatnya ; Faizal. HAHA memang ketika itu cinta monyet, sempat jugalah kami bercinta beberapa bulan. eyh bercinta ke ber-bangang?

dan selepas itu, di tingkatan 2, saya jatuh cinta lagi pada seorang lelaki tingkatan 5. ouh dia sangat kacak. saya harap dia tahu saya benar-benar obses dengannya. Affiq Izzadi. hee suda. tak mahu cakap tentang dia.
sedih gitu..  ):

dan selepas itu, saya tidak jatuh cinta pada siapa-siapa lagi.

di tingkatan 4, saya jatuh cinta pada Mohamad Nazrin . ouh itu dia si berlagak. pada mulanya saya sangat benci pada beliau. tp apa kan daya, jatuh jua saya padanya.

dan selepas itu, saya jatuh cinta pada Mohd Najmi. begitu banyak makna dirinya buat saya.
kalawlah saya boleh putar masa dan kembali kepadanya. tapi dia bukan jodoh saya..

dan selepas itu, Amirul Adha. saya panggil beliau bubu waktu dahulu. ouh dia sangat gentleman. eyh, takdelah. dia sangat pelik =.=

dan itu dia Khairul Afnan. dia antara paling lama selepas saya bercinta dengan nazrin. hati saya sangat terpaut padanya. dia buat hidup saya bahagia. tapi selepas sebulan saya masuk UIA, kami ambil keputusan untuk berpisah. katanya dia sangat tak tahan apabila saya sangat sibuk dengan pelajaran. hermm..

dan sekali lagi , Mohd Hazim. malaslah mahu cerita. nanti menangis tanpa irama pula. dia antara yang terbaik pernah saya miliki.FULLSTOP.

dan kini, saya kembali kepada Mohd Nazrin. itu dia cinta saya. bukan cinta monyet lagi. tapi benar-benar cinta. saya sudah matang. tapi, untuk kembali kepada Nazrin, ada lelaki yang sangat saya ingati. Maaf dia haramkan saya untuk menyebut namanya.

sekian. itu dia lelaki-lelaki saya. saya mungkin tak berpeluang untuk ucap terima kasih kepada anda sekalian, tapi saya sangat hargai kehadiran anda semua. kerana antara waktu itu, andalah yang membagiakan saya.

Maaf sebab saya tahu saya tidak pernah sempurna buat anda.

2 comments:

  1. kalah kak meen dgn koleksi nana . haha . love is an unending journey .

    ReplyDelete
  2. haha koleksi yang ta jadi banyaklah k.meen. true true. sampai ke ble pun ta habes. haish ntah esok lusa org baru lagi. HAHA

    ReplyDelete